Dua nelayan nyaris lemas - Utusan Malaysia

Dua nelayan nyaris lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 26 Feb. – Seorang tekong dan awak-awak sebuah bot pukat tunda nyaris lemas apabila bot mereka karam di Perairan Pulau Enggang, Langkawi, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, tekong terbabit, Husain Saidin, 44, dan awak-awak dikenali sebagai Din yang juga menantunya dipercayai keluar menangkap ikan di kawasan tersebut.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, pihaknya yang menerima maklumat kejadian berjaya mengesan bot tersebut kira-kira pukul 11.30 malam.

“PPM berjaya mengesan sebuah bot pukat tunda kelas B1 dalam keadaan sedang karam, manakala mangsa sedang berpaut pada bot tersebut.

“Kedua-dua mangsa telah diselamatkan oleh Botronda RH 9 dan di bawa balik ke PPM Wilayah 1 Langkawi untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Rosman, kedua-dua tekong dan awak-awak itu berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun mereka masih trauma akibat kejadian tersebut.

“Laporan polis telah dibuat dan keluarga mangsa juga telah dihubungi serta dimaklumkan yang mereka selamat sebelum dibawa pulang hari ini,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN