PULAU PINANG 2 Feb. – Dua nelayan dikhuatiri hilang di perairan Kuala Muda di sini setelah tidak pulang dari menangkap ikan sejak semalam. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, bot tersebut yang dikendalikan oleh Yashir Abd. Hamid bersama seorang lagi awak-awak warga tempatan telah keluar dari Jeti Pangkalan Kuala Muda di sini kira-kira pukul 4 petang semalam. “Pengadu iaitu Rosli Arifin dari Persatuan…










