Dua lelaki ditahan bantu kes samun bermotosikal - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditahan bantu kes samun bermotosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Polis Selangor menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung beberapa kejadian samun bermotosikal di sekitar negeri ini minggu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, tangkapan itu dilakukan pasukan khas yang ditubuhkan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut. 

Beliau, bagaimanapun tidak menyatakan secara lanjut mengenai tangkapan tersebut. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini dua lelaki sudah kita tahan, siasatan sedang dijalankan bagi menyiasat sama ada suspek ini terlibat secara langsung atau tidak dalam kejadian tersebut. 

“Kita juga sedang giat mengesan suspek-suspek lain yang terlibat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini. 

Sebelum ini media melaporkan, tiga kes samun dan cubaan samun dilaporkan berlaku membabitkan antara enam hingga lapan lelaki menaiki motosikal yang bersenjatakan parang dengan mencari sasaran yang berada di perkarangan rumah di kawasan sunyi.

Kes pertama dilapor berlaku kira-kira pukul 2.15 petang di mana seorang lelaki yang sedang meletakkan kereta di luar rumahnya di Jalan Sri Sarawak, Taman Sri Andalas, Klang, didatangi enam lelaki menaiki motosikal yang mengacukan parang sebelum melarikan wang tunai RM5,000, buku cek RM4,300, barang kemas RM2,000 dan telefon bimbit.

Kemudian, seorang wanita disamun ketika berada di hadapan rumahnya di Lorong Lengkongan, Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang oleh lapan lelaki bersenjatakan parang yang menaiki empat motosikal jenis Yamaha 125Z.

Kes tiga pula membabitkan seorang lelaki yang mahu keluar dari rumahnya di Bukit Kuchai, Bandar Kinrara, Puchong telah disamun tujuh lelaki menaiki empat motosikal yang sebelum itu berlegar-legar di sekitar kawasan kediamannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini