JOHOR BAHRU 28 Feb. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri sedang berusaha memadamkan dua kebakaran terbuka membabitkan ladang dan kebun bertanah gambut. Dalam satu kenyataan, pihaknya memaklumkan kebakaran itu berlaku di Ladang Ifzi, Jalan Penawar ke Punggai, Pengerang dan Parit Haji Ramli, Air Papan Tengah, Mersing. “Kebakaran di Pengerang membabitkan ladang dengan keluasan 445 hektar yang telah terbakar sejak 21 Februari lalu. “Sementara itu, kebakaran di Mersing melibatkan sebuah kebun berkeluasan 4 hektar yang telah terbakar sejak 25 Februari lalu,” demikian menurut kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya