TAIPEI 21 Feb.- Dua kru disahkan terbunuh manakala enam lagi masih hilang selepas berlaku pergaduhan atas kapal nelayan milik Taiwan yang belayar di lautan Hindi.
Menurut penguatkuasa Taiwan, Pergaduhan berlaku sekitar pagi rabu apabila ketua kepada kapal yang dinamakan Weng Peng itu menyerang kedua-dua kru berkenaan.
Kapten bersama enam kru terbabit sempat menyelamatkan diri sebelum melompat keluar dari kapal yang ketika itu belayar 1,500 batu nautika dari timur laut Mauritius.
Memuatkan artikel berkaitan…
Mereka bagaimanapun berjaya diselamatkan kapal lain yang berlayar berdekatan.-AFP











