MILAN 3 Feb. – Kegembiraan Cristiano Ronaldo meledak gol terencat apabila gagal memberi kemenangan kepada Juventus selepas Gervinho menjaringkan gol penyamaan untuk seri 3-3 dalam aksi Serie A di Stadium Allianz, semalam. Juventus kehilangan dua mata berharga dan itu membenarkan pencabar terdekat, Napoli merapatkan kedudukan dengan sembilan mata di tempat kedua selepas mencatat kemenangan bergaya 3-0 terhadap Sampdoria. Juve berada di tangga teratas dengan 60 mata. Skuad kendalian Massimiliano Allegri…










