Dua beranak maut kemalangan - Utusan Malaysia

Dua beranak maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Dua beranak maut selepas kenderaan jenis Perodua Myvi dinaiki mereka bertembung kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 32 Jalan Raub-Mempaga dekat Raub pukul 10.50 pagi tadi.

Siti Farhana Othman, 25, bersama ibunya, Ramlah  Saad, 60, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat.

Sementara itu, suami Ramlah, Wan Mohamed Salleh Wan Chik@Wan Su, 76, yang berada di tempat duduk penumpang belakang mengalami cedera parah dan dikejarkan ke hospital sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, mangsa bersama ibu dan ayahnya sedang dalam perjalanan dari arah Bentong menuju Felda Lembah Klau.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi dirempuh dari arah depan oleh Toyota Hilux dipandu laju yang terbabas memasuki laluan kereta mangsa.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Lembah Klau dari arah Bentong,” katanya.

Wan Mohd. Zahari menambah, pemandu Toyota Hilux tersebut, Lai Wan Man, 35, hanya mengalami cedera ringan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini