KUALA NERUS 3 Feb. – Bekas Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang baharu, berkuat kuasa 1 Februari lalu. Pusat Komunikasi Korporat UniSZA dalam satu kenyataan berkata, Dr. Hassan Basri menggantikan Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif yang telah tamat tempoh lantikan pada 31 Januari…










