Dortmund akhiri kemarau kemenangan - Utusan Malaysia

Dortmund akhiri kemarau kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERMAN 25 Feb. – Borussia Dortmund mereka kembali dalam perebutan Bundesliga apabila melakar kemenangan 3-2 ke atas Bayer Leverkusen, semalam.

Gol kemenangan dijaringkan oleh Mario Gotze sekali gus mengutip tiga mata pertama dalam empat aksi liga dan membolehkan mereka mengatasi pencabar terdekat, Bayern Munich tiga mata selepas mereka menewaskan Hertha Berlin 1-0.

Dortmund berada di puncak liga pernah memiliki kelebihan sembilan mata namun mereka gagal mencipta satu kemenangan daripada lima perlawanan dalam semua kejohanan.

“Kami tidak mengawal permainan sebaliknya Leverkusen yang melakukannya,” kata pengarah sukan Dortmund, Michael Zorc. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN