Di mana Aiman? - Utusan Malaysia

Di mana Aiman?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMUA media tercari-cari di manakah calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali mengikuti aktiviti berkempennya hari ini, pada tarikh 25 Februari 2019.

Jadual harian yang sepatutnya dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp khas calon PH  pada awal pagi ini oleh pihak jentera pengelola, bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang kemas kini sehingga pukul 9 pagi ini.

Jentera pengelola jadual calon itu seolah-olah membisu apabila ditanya media mengenai jadual aktiviti Muhammad Aiman, sejak lewat malam tadi.

Jadi, dimana sebenarnya Muhammad Aiman?

Spekulasi liar mula menerjah di minda para media yang beranggapan mungkin calon PH itu ‘direhatkan’ daripada liputan media atau hanya media-media tertentu sahaja dibenarkan ‘berkawan’ untuk membuat liputan calon PH tersebut.

Jika benar hanya segelintir media dibenarkan membuat liputan Muhammad Aiman, ia jelas tidak menggambarkan Malaysia baharu yang kononnya mengamalkan prinsip kebebasan media.

Belum lagi tiba hari pengundian Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih, jentera calon PH nampaknya sudah ‘koyak’ dan tewas lebih awal dengan isu-isu panas yang dibawa oleh media-media bukan milik kerajaan.

Namun, sayang. Memasuki hari ke-10 berkempen, Muhammad Aiman sudah pun menunjukkan kemajuan yang amat besar dan  prestasi kerja yang amat membanggakan.

Selain keyakinan yang tinggi, jurutera muda itu juga sudah berani untuk berhadapan dengan media, berhujah, melemparkan pandangan dan sudah mampu mengulas isu  yang menyerlahkan lagi daya kepemimpinannya.

Semoga pada minggu terakhir berkempen ini, jentera calon PH akan terus menunjukkan sikap yang positif dan memahami tugas sebenar media sehingga pada hari pengundian. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN