Dewan Utusan sudah sedia! - Utusan Malaysia

Dewan Utusan sudah sedia!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Ini bukan balairung seri mana-mana istana, tetapi Dewan Utusan!

Dewan yang terletak di tingkat bawah bangunan Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad ini dihias agar menyerupai balairung istana, sesuai dengan tema Kesultanan Melayu Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) ke-33 yang akan berlangsung di sini, petang ini.

Suasana klasik Kesultanan Melayu diserlahkan dengan perhiasan bertema warna emas hitam, membangkitkan rasa gah dan eksklusif sempena penganjuran acara penuh prestij itu. 

Paling megah, sebuah pintu gerbang rekaan klasik didirikan untuk menyambut ketibaan tetamu yang hadir.

Sepanjang menunggu majlis bermula petang ini, tetamu juga akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik termasuk persembahan caklempong, silat dan kugiran.

Majlis Penyampaian HSKU akan dirasmikan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dijangka dihadiri kira-kira 1,000 penggiat sastera dari segenap pelusuk negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN