Desak Rusia bebas bot nelayan Jepun - Utusan Malaysia

Desak Rusia bebas bot nelayan Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 2 Feb. – Moscow mencetuskan ke­tegangan baharu de­ngan Tokyo apabila Rusia merampas sebuah bot nelayan Jepun yang dinaiki 10 nelayan tempatan di Laut Jepun, hari ini.

Channel News Asia yang memetik seorang pegawai dari wilayah Shimane, barat Jepun sebagai berkata, krew 68 Nishino-maru itu kini dibawa ke pelabuhan timur Nakhodka, Rusia dan dijangka akan disoal siasat.

“Kami memohon kerjasama Rusia agar membebaskan kese­mua 10 nelayan itu secara diplomatik,” katanya sambil mengesahkan kesemua nelayan itu dalam keadaan baik.

Media tempatan melaporkan, bot yang dinaiki 10 nelayan itu meninggalkan Shimane pada 26 Januari lalu untuk menangkap ketam salji di Laut Jepun sebelum terputus hubungan, Rabu lalu.

Isu sempadan Laut Jepun itu menjadi pertikaian antara empat buah negara termasuk Jepun, Rusia, Korea Utara dan Korea Selatan yang menuntut hak ke atas kepulauan kecil dan batu granit di perairan ber­kenaan.

Rusia pula menuduh kapal asing sering menceroboh masuk zon eksklusif mereka di perairan itu secara haram untuk menangkap ketam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN