Dembele selesa bersama Messi - Utusan Malaysia

Dembele selesa bersama Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA – Penggempur Barcelona, Ousmane Dembele mengakui kehadiran kapten sensasi mereka, Lionel Messi dalam setiap aksi menjadikan tugasnya lebih mudah serta mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung dalam mencari jaringan.

Pemain antarabangsa Perancis itu me­ngakui, Messi adalah gandingan yang terbaik buatnya ketika ini sehingga kedua-dua mereka berjaya meledak 43 gol dalam semua kejohanan setakat ini.

Bekas pemain Borussia Dortmund itu tiba di Camp Nou tetapi gagal memberikan persembahan yang baik pada peringkat awal apabila diletakkan harapan yang tinggi untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Neymar, namun dia kini kembali menemui prestasi sebenar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Messi membuatkan kerja saya dan rakan sepasukan lain menjadi lebih mudah.

“Saya memberikan bola kepadanya dan dia sentiasa melakukan kerja yang sangat luar biasa. Dia akan menjadi tumpuan pemain lawan, jadi kami lebih mudah untuk bergerak,” kata Dembele.

Dembele dan Messi menjadi nadi utama­ Barcelona ketika mereka mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Olympique Lyon pada aksi pusingan 16 pasukan terbaik kelmarin.

“Mereka merupakan pasukan yang memiliki pemain yang baik dan sukar untuk mendapatkan kemenangan di tempat mereka.

“Kami perlu fokus kepada matlamat utama pasukan. Kami mahu memenangi gelaran, menjulang trofi Liga Juara-Juara serta menjadi juara liga,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×