KUALA NERANG 7 Feb. – Keriangan sebuah keluarga berkelah sempena cuti sekolah ini berakhir tragedi apabila seorang lelaki dan dua cucu perempuannya ditemukan mati lemas di Sungai Pedu, Kampung Bukit Sena, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mereka yang lemas ialah Mohamad Ramli Ibrahim, 65; Nur Shafia Hafiza Samsudin, 16, dan adiknya, Nor Sariza Hafiza, 14. Dalam kejadian berkenaan, seorang lagi mangsa iaitu kenalan kepada…










