KAJANG 8 Feb. – Seorang pengarah sebuah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah melibatkan nilai sejumlah RM5 juta pada November 2015 hingga Jun 2016. Tertuduh, Datin Nabila Sanusi, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Surita Budin. Mengikut pertuduhan, pengarah syarikat itu diamanahkan dengan wang syarikat telah melakukan pecah amanah dengan membuat tuntutan palsu yang menyebabkan syarikat mengalami kerugian sebanyak RM5 juta. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Syarikat Kamuja Bullion Resources Sdn. Bhd, Diamond Kompleks Bangi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya