Dasar Kebersihan Negara akan dimulakan - Utusan Malaysia

Dasar Kebersihan Negara akan dimulakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang untuk memulakan Dasar Kebersihan Negara untuk mengangkat martabat agensi dan syarikat konsesi yang bertanggungjawab dalam tugas pembersihan negara ini.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, dasar itu akan menggariskan tiga komponen utama meliputi usaha menjana sampah menjadi sumber pendapatan (circular economy), kefahaman masyarakat terhadap kebersihan negara dan peranan yang boleh dimainkan mereka serta fungsi agensi berkaitan 

“Penggubalan dasar ini diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran orang ramai mengenai kepentingan mereka memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kebersihan negara.

“Saya ingat mulai dari sekarang kita ada tempoh masa tiga bulan untuk memulakan (dasar ini) dan ada panduan dari negara luar yang boleh dicontohi untuk dimasukkan bersama,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan bangunan Ibu Pejabat SWCorp di sini hari ini.

Perbadanan itu sebelum ini beroperasi di Bangunan Wisma UOA Pantai di Jalan Pantai Jaya, Kuala Lumpur pada 1 Jun 2008.

SWCorp telah menandatangani proses ubah suai di aras G, 1, 5, 6, 7 dan 8 dan beroperasi sepenuhnya sejak 1 Oktober 2016. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN