Cubaan rampasan kapal terbang digagalkan pasukan keselamatan Bangladesh - Utusan Malaysia

Cubaan rampasan kapal terbang digagalkan pasukan keselamatan Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHITTAGONG 24 Feb. – Tindakan pantas pasukan keselamatan Bangladesh berjaya menggagalkan cubaan rampasan kapal terbang Biman Bangladesh Airlines oleh seorang suspek di sini hari ini.

Menurut Pegawai Kanan Angkatan Udara, Naib Marsyal Udara Mofid, pihaknya berjaya menyelamatkan kesemua penumpang.

Pasukan keselamatan menyerbu kapal terbang itu dan menahan lelaki berusia 25 tahun yang cuba merampas kapal terbang BG147 yang berlepas dari Dhaka.

Sementara itu, Ketua Penerbangan Awam Bangladesh, Nayeem Hasan berkata, suspek pada awal mendakwa mempunyai bom namun daripada perbualan menunjukkan seperti dia mengalami masalah psikologi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN