Cuaca panas, sekolah diminta kurangkan aktiviti luar kelas - Utusan Malaysia

Cuaca panas, sekolah diminta kurangkan aktiviti luar kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 25 Feb. – Semua sekolah di negeri ini dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar kelas berikutan suhu tinggi yang melanda negara ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, suhu yang mencecah sehingga 35 darjah celsius itu dianggap merbahaya dan dibimbangi boleh menyebabkan pelajar terkena strok haba.

“Kita telah memaklumkan kepada Jabatan Pendidikan negeri untuk meminta semua sekolah agar mengurangkan aktiviti-aktiviti luar kelas bagi mengelakkan pelajar daripada terdedah cuaca panas terlalu lama.

“Kanak-kanak terutama pelajar yang terdedah dengan cuaca panas terlalu lama ini lebih mudah terkena strok haba,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, bagi mengatasi keadaan ini, guru-guru diharap dapat memastikan sebarang aktiviti luar dapat diminimumkan ketika ini.

Katanya, terdapat sesetengah sekolah telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan kempen minum air masak.

“Kempen seperti ini amat membantu ketika cuaca panas seperti ini.

Selain pihak sekolah, ibu bapa juga diharap dapat membantu memastikan kesihatananak mereka dengan memberi minum banyak air dan mengehadkan masa di luar rumah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN