CAKNA. Polis Komuniti Batu Pahat (CPBP), Johor mengadakan satu program kemasyarakatan sempena Tahun Baru Cina di sekitar daerah itu baru-baru ini. Pengerusi CPBP, Tiger Lou berkata, program tersebut berbentuk penyerahan sumbangan barangan keperluan harian kepada masyarakat Cina yang memerlukan. “Program ini dilaksanakan bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan. “Antara yang menerima sumbangan ini adalah orang kurang upaya (OKU) serta warga emas,” katanya di Batu Pahat baru-baru ini. Justeru itu, pihaknya berharap program tersebut sedikit sebanyak dapat mewarnai sambutan Tahun Baru Cina kepada golongan berkenaan.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya