Coolblog perkenal perisa baru - Utusan Malaysia

Coolblog perkenal perisa baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JENAMA minuman terkemuka Malaysia, CoolBlog, menawarkan peluang kepada semua penggemar minuman terbaharu CoolBlog iaitu Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee untuk memenangi wang tunai berjumlah RM3,000 bersempena kempen Hari Harimau yang telah dilancarkan pada Januari lalu.

Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee adalah minuman khas yang dibuat menggunakan gula perang premium yang digelar gula harimau hitam. Kemudian ia campurkan dengan teh dan kopi premium yang berkualiti.

Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan CoolBlog Malaysia Sdn. Bhd., Win Zaidi berkata, CoolBlog kini mengambil langkah menganjurkan cabaran tarian yang dinamakan #RimauDanceChallenge untuk menarik lebih ramai peminat CoolBlog.

“Cabaran tarian #RimauDanceChallenge ini bertujuan menyemarakkan lagi kempen tersebut selain mempromosikan minuman terbaharu itu.

“Selain itu, ia memberi penghargaan kepada pelanggan dan pengikut setia CoolBlog yang selama ini menyokong dan menjadikan CoolBlog sebagai minuman kegemaran mereka,” katanya dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Tambah Win, untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli minuman Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee dan dapatkan pelekat tatu harimau yang akan diberi dengan setiap pembelian.

“Seterusnya, log masuk ke akaun rasmi Facebook atau Instagram CoolBlog, tonton video tutorial tarian yang telah disediakan dan tiru langkah tarian di dalam video tersebut.

Penyertaan

“Pelanggan kemudian perlu memuat naik video tarian mereka di akaun laman media sosial dan tag CoolBlog @coolblogmalaysia dengan tanda pagar #RimauDanceChallenge dan #coolblogmalaysia dalam kapsyen mereka,” tuturnya.

Menurut Win, penyertaan terbuka kepada individu serta berkumpulan tidak melebihi empat orang dan tiada sebarang had penyertaan dikenakan tetapi hanya video tarian yang kreatif dan menarik akan dipilih sebagai pemenang.

Ujarnya, pertandingan tarian telah bermula sejak 15 Januari lalu dan akan berakhir pada 9 Mac depan.

Tiga pemenang bertuah (individu atau berkumpulan) berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM1,000 bagi setiap penyertaan.

Para pemenang akan diumumkan di laman rasmi Facebook dan Instagram CoolBlog pada 15 Mac nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN