MUNICH 24 Feb. – Kingsley Coman disahkan mengalami kecederaan hamstring dan keputusan itu dijangka memberi kesan besar kepada Bayern Munich yang akan bertemu Liverpool dalam aksi timbal balas menentang Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara.
Coman masuk sebagai pemain gantian ketika Bayern menang 1-0 ke atas Herta Berlin di laman sendiri tetapi hanya sempat beraksi sembilan minit sebelum digantikan pemain lain.
Pemain sayap Perancis itu keluar dalam keadaan terhincut-hincut menuju ke terowong bilik persalinan dengan jurulatih, Niko Kovac memberi gambaran ujian perlu dijalankan bagi melihat tahap kecederaan pemain itu.
Bayern mengesahkan Coman koyak hamstring kiri dengan pemain berusia 22 tahun itu akan direhatkan sekurang-kurangnya sebulan.
Dia dijangka terlepas aksi di laman sendiri menentang Liverpool pada 13 Mac ini dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Anfield.
“Kingsley Coman tidak dapat beraksi bersama Bayern Munich ketika ini.
“Pemain sayap Perancis itu mengalami koyak tisu otot di bahagian paha kirinya semasa aksi menentang Herta.
“Keputusan ini adalah hasil pemeriksaan pasukan perubatan Bayern. Coman terpaksa dikeluarkan pada minit ke-67 selepas hanya sembilan minit beraksi,” kata Bayern dalam satu kenyataan.-AGENSI










