City perlu berubah - Guardiola - Utusan Malaysia

City perlu berubah – Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 21 Feb. – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola akui peluang pasukannya bergelar juara Liga Juara-Juara akan tertutup andai terus membenarkan lawan meledak gol seperti aksi menentang Schalke 04 dalam saingan 16 akhir pertama, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan tersebut City meraih kemenangan 3-2 ke atas Schalke yang turut menyaksikan kelab Liga Perdana Inggeris itu terpaksa mengharungi saingan dengan 10 pemain selepas Nicolas Otamendi dilayangkan kad merah.

Guardiola tanpa berselindung memberitahu bahawa City tidak akan memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara andai terus memberikan lawan menjaringkan gol ketika mereka perlu bangkit seperti dilakukan ketika menentang Schalke di Veltins Arena.

“Kami memberikan Schalke gol pertama mereka malah kami memberikan mereka gol kedua dan kami memberikan mereka kelebihan dengan kad merah diterima City.

“Melihat situasi ini, saya dapat gambarkan bahawa kami masih belum bersedia untuk menjadi juara Liga Juara-Juara, namun kemenangan itu tetap keputusan yang baik.

“Sepanjang perlawanan lawan tidak melakukan sebarang percubaan tepat, namun mereka menjaringkan dua gol.

“Selepas kad merah itu, dalam 15 hingga 20 minit terakhir, mereka mungkin dapat melakukan lebih tekanan untuk menjaringkan gol ketiga atau keempat dan kami pasti akan tewas,” kata Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN