LONDON 4 Feb.- Pengendali Arsenal, Unai Emery mengakui Manchester City mempamerkan kehebatan sebenar ketika pasukannya tewas 3-1 di tangan juara bertahan itu dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad, awal pagi tadi. The Gunners ketinggalan menerusi jaringan Sergio Aguero ketika aksi baru memasuki 46 saat tetapi bangkit menyamakan kedudukan hasil ledakan Laurent Koscielny pada minit ke-11. Bagaimanapun, Aguero mempamerkan ketajaman dengan menyumbang dua lagi gol untuk mencipta hatrik pertamanya pada…










