City idam empat trofi - Utusan Malaysia

City idam empat trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 26 Feb. – Selepas memainkan peranan dengan baik bersama Manchester City, Kevin De Bruyne percaya skuad The Citizens itu mampu menjadi pasukan terbaik dan tidak menolak mereka mampu menjuarai empat trofi pada musim ini.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool terlepas peluang untuk mengutip tiga mata selepas seri tanpa jaringan menentang Manchester United pada Ahad lalu dan itu memberi ruang kepada City untuk mengatasi The Reds.

“Jika anda melakukannya anda boleh dikatakan sebagai pasukan terbaik dalam sejarah sebab tiada pasukan yang mampu melakukannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, bukan itu yang kami cari. Kami mahukan kemenangan sebanyak yang boleh. Kami tidak memikirkan empat trofi yang perlu dimenangi.

“Jika kami menang tiga daripadanya dan beraksi di final Liga Juara-Juara mungkin kami boleh bercakap mengenainya namun sebelum itu jangan,” kata pemain tengah City itu.

Berdasarkan rekod, United menjadi kelab unik EPL apabila berjaya menjuarai treble dengan trofi Liga Juara-Juara, EPL dan Piala FA pada 1999 ketika di bawah kendalian Alex Ferguson.

Trofi terbaharu yang dimenangi City merupakan Piala Liga yang keempat dimenenangi mereka dalam tempoh enam musim menewaskan Chelsea 4-3 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam masa penuh permainan.

City dalam usaha memburu tiket ke suku akhir Liga Juara-Juara dan menjadi lapan pasukan terakhir untuk saingan Piala FA selain perlu mempertahankan gelaran EPL dengan menentang West Ham, Rabu ini.

“Kami berada di sini untuk berjuang dalam semua kejohanan. Sudah pasti Liga Juara-Juara sukar namun sekurang-kurangnya kami perlu mencuba untuk pergi sejauh yang boleh dan seterusnya EPL,” kata penyerang City pula, Sergio Aguero. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×