City hilang pemain penting kerana kecederaan - Utusan Malaysia

City hilang pemain penting kerana kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 25 Feb. – Pep Guardiola bimbang kejayaan merangkul Piala Liga selepas menundukkan Chelsea akan memberi kesan buruk kepada pasukan selepas skuad kendaliannya kini berdepan masalah kecederaan.

The Citizen mengekalkan kejuaraan selepas menewaskan Chelsea 4-3 menerusi sepakan penalti di Stadium Wembley, awal pagi tadi.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan namun dua pemain City iaitu Aymeric Laporte dan Fernandinho mengalami kecederaan.

City yang kini keninggalan satu mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris bagi perebutan kejuaraan juga sedang memburu trofi Liga Juara-Juara dan Piala FA.

“Kami akan kehilangan banyak pemain utama dalam beberapa minggu ini.

“Berada dalam empat pertandingan adalah sangat sukar kami tidak tahu apa akan berlaku.

“Laporte, Fernandinho mengalami kecederaan tetapi keadaan menjadi lebih baik apabila pasukan menang,” kata Guardiola.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN