City berdepan misi sukar cabar empat kejuaraan - Utusan Malaysia

City berdepan misi sukar cabar empat kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 26 Feb. – Bekas pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini memberi amaran buat bekas pasukannya itu tentang kesukaran yang akan dihadapi mereka untuk meraih empat kejuaraan, musim ini.

Selepas kejayaan City meraih Piala Liga, semalam, mereka kini masih bersaing untuk merebut kejuaraan dalam Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah.

Ekoran jadual padat, dua pemain City telah terkesan dengan situasi itu apabila Fernandinho dan Aymeric Laporte mengalami kecederaan ketika menewaskan Chelsea dalam perlawanan akhir tersebut.

Pellegrini, yang mengemudi City menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2013/14 berkata, amat sukar untuk skuad kendalian Pep Guardiola itu bersaing merebut kesemua kejuaraan, musim ini.

“Segalanya boleh berlaku dalam bola sepak. Cara anda untuk kekal bersaing dalam setiap kejohanan lebih sukar.

“Namun, seperti yang saya katakan ketika musim pertama saya bersama pasukan itu, andai kami terus bersaing dalam Liga Juara-Juara dan terus beraksi dalam pertandingan liga, kami tidak akan memperoleh hari Rabu yang cukup sehingga perlawanan terpaksa ditunda.

“Mungkin anda perlu beraksi sebanyak empat perlawanan seminggu, tetapi sudah tentu ia tidak akan berlaku,” katanya.

City akan melayani kunjungan West Ham dan ia merupakan perlawanan ketujuh mereka dalam bulan ini ketika mereka ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga, Liverpool. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×