City bayar mahal harga gelaran - Utusan Malaysia

City bayar mahal harga gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pening kepala apabila dua pemain utama, Fernandinho dan Aymeric Laporte mengalami kecederaan ketika membantu pasukan itu merangkul Piala Liga England (EFL) di Wembley awal pagi semalam.

City mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu apabila menewaskan Chelsea 4-3 menerusi penentuan sepakan pe­nalti selepas kedua-dua pa­sukan terikat tanpa jaringan sehingga­ masa tambahan.

Bagaimanapun, Guardiola menegaskan, me­reka mungkin terpaksa melupakan khidmat Fernandinho dan Laporte pada aksi pusingan kedua­ Liga Juara-Juara menentang Schalke 13 Mac depan.

Dalam pada itu, beliau juga turut menyuarakan kebimba­ngan City mungkin terpaksa mengharungi baki aksi Liga Perdana England (EPL) tanpa khidmat dua pemain tersebut, sekali gus merencatkan misi mereka bagi mempertahankan kejuaraan.

“Saya sangat gembira apabila pemain-­pemain City dapat beraksi bagi tempoh yang lama tanpa sebarang kece­deraan, namun sekarang kami berdepan masalah itu dengan kecederaan Fernandinho dan Laporte,” kata Guardiola.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan Liverpool masih menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Perdana musim ini meskipun hanya dibezakan satu mata dengan pendahulu liga berkenaan.

“Memandangkan Liverpool masih menerajui liga, saya akui mereka masih dianggap sebagai pasukan pilihan untuk memenangi Liga Perdana musim ini. Bagaimanapun, kami akan cuba lakukan yang terbaik,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN