Sepanjang tiga jam bertamu di kediaman Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu yang terletak di 482, Jalan Seri Kemuning, Lembah Jaya Selatan, Ampang Selangor, riuh kedengaran suara-suara anak-anak jagaan Mariamah. Ada yang masih di sekolah rendah dan sebahagian lagi belajar di sekolah menengah. “Saya mengharapkan anak-anak ini berjaya dunia dan akhirat.” Begitulah harapan wanita yang juga pengasas pertubuhan itu, Mariamah Miskan, 33. Bergelar ibu tunggal pada usia muda…










