CIMB Islamic, SimplySiti perluas segmen kecantikan halal - Utusan Malaysia

CIMB Islamic, SimplySiti perluas segmen kecantikan halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Feb. – CIMB Islamic Bank Bhd. bekerjasama dengan SimplySiti Sdn. Bhd. bagi membolehkan jenama kecantikan dan penjagaan kulit halal berkenaan berkembang ke pasaran global.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Islam Kumpulan CIMB Group, Rafe Haneef berkata, CIMB Islamic memainkan peranan sebagai pemberi kemudahan pembiayaan kepada SimplySiti.

Katanya, jenama tempatan itu juga akan menerima sokongan daripada Koridor Halal CIMB-ASEAN dan rangkaian serantau kumpulan yang kukuh.

“Menerusi kerjasama ini, kami teruja untuk memudahkan langkah SimplySiti mencapai pertumbuhan dengan mengambil peluang di dalam perniagaan halal di ASEAN,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani kerjasama di antara CIMB Islamic dan SimplySiti di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden dan Pengasas SimplySiti, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN