Cadang wujud Kumpulan Wang Amanah Nelayan - Utusan Malaysia

Cadang wujud Kumpulan Wang Amanah Nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 21 Feb. – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bercadang mewujudkan sebuah tabung Kumpulan Wang Amanah Nelayan bagi menjaga kebajikan mana-mana golongan itu yang dikategorikan sebagai tidak berupaya lagi turun ke laut atas pelbagai faktor.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, inisiatif terbaharu itu bagi memastikan komuniti nelayan yang bergantung kepada pendapatan menangkap ikan tidak terabai.

Menurutnya, tabung tersebut menyasarkan golongan yang sudah bersara, hilang upaya kekal dan diserang penyakit mengakibatkan mereka tidak mampu lagi untuk mencari rezeki di laut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kumpulan Wang Amanah Nelayan ini akan diusahakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Agensi ini sedang me­rangka model yang bersesuaian untuk mewujudkan tabung itu.

“Kita sedang meneliti segala data seperti jumlah penerima, cara pemberian dan perkara-perkara berkaitan untuk memastikan faedahnya sampai kepada golongan yang sepatutnya,” katanya selepas merasmikan Hari Bertemu Pelanggan kementerian itu di Kuala Sala di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Sumber Tani, Pengangkutan dan Industri Utama negeri, Azman Nasrudin dan Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×