Bunuh anak sendiri akibat kekangan duit - Utusan Malaysia

Bunuh anak sendiri akibat kekangan duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 24 Feb. – Ekoran tertekan dengan masalah kewangan setelah kehilangan punca pendapatan, seorang lelaki hilang pertimbangan dan mencekik anak lelakinya yang baharu berusia enam tahun sehingga mati di rumah mereka di Rohini, New Delhi, semalam.

Lelaki berkenaan, Vinod, 46, yang sebelum ini bekerja sebagai pengedar produk tenusu dilaporkan hilang pekerjaan selepas kedai tersebut ditutup.

Selepas membunuh anaknya itu, suspek dikatakan memaklumkan perkara terbabit kepada tuan rumahnya yang tinggal di tingkat bawah rumah sewanya itu. Suspek kemudian terus bergegas ke biliknya dan mengunci dirinya.

Lebih menyayat hati, ibu kanak-kanak malang itu juga dilaporkan meninggal dunia dua tahun lalu akibat kanser. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN