BEIJING 13 Feb. – Ratusan etnik Uighur tampil dalam media sosial menggesa kerajaan China memberi maklum balas tentang perkembangan ahli keluarga mereka yang hilang atau ditahan dalam ‘kem pendidikan vokasional’. BBC melaporkan, gesaan itu berikutan pemuzik Uighur, Abdurehim Heyit yang sebelum ini didakwa telah terbunuh, muncul menerusi sebuah video dalam keadaan masih hidup. Video tersebut tular selepas kerajaan Turki mengkritik kekejaman dan penahanan yang dilakukan kerajaan China terhadap etnik tersebut di Xinjiang. Beberapa kumpulan Uighur bagaimanapun mempersoalkan kesahihan dan ketulenan video itu. Ahli keluarga kepada tahanan dan aktivis kini tampil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya