Bukan salah Pas jika Bersatu kalah - Abdul Hadi - Utusan Malaysia

Bukan salah Pas jika Bersatu kalah – Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 22 Feb. – Pas bimbang akan dipersalahkan jika calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kalah dalam Pilihan Raya Kecik (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jika keputusan pilihan raya itu nanti menyaksikan calon Bersatu tewas, jangan pula menyalahkan Pas kononnya faktor ‘tidak buat kerja’ dijadikan alasan.

Sebaliknya, jelas beliau, parti sekutu Bersatu dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP dan juga Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu dipersalahkan kerana tidak bersungguh-sungguh membantu Bersatu bagi menghadapi PRK DUN Semenyih tidak lama lagi.

Abdul Hadi seterusnya mengulangi pendirian untuk tetap menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meskipun Pas di pihak pembangkang, kerana semua itu demi kepentingan Melayu dan Islam.

“Kita bimbang PRK Semenyih ini Bersatu kalah disebabkan oleh kita (Pas), tapi (sebenarnya) sebab DAP dan PKR yang tak buat kerja. Jangan pula kata kita tak kerja.

“ Jangan salahkan kita, kita nampak DAP dan PKR yang tak turun (kerja-kerja kempen) sungguh-sungguh,” katanya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan perkara itu ketika ditemui pemberita di pekarangan kediamannya sejurus selepas mengadakan Kuliah Jumaat di Masjid Rusila dekat sini hari ini yang terletak bersebelahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN