Budak maut dipercayai terkejut sistem bunyi terlalu kuat - Utusan Malaysia

Budak maut dipercayai terkejut sistem bunyi terlalu kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 26 Feb. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun di Blitar, Jawa Timur ditemukan meninggal dunia di hadapan sistem bunyi selepas dipercayai terkena serangan jantung kerana terkejut akan bunyi kuat daripada sistem berkenaan.

Detik News melaporkan, insiden melibatkan mangsa dikenali sebagai KI, 9, yang merupakan warga Dusun Sumberjo, Desa Karangrejo, mukim Garum, semalam.

Ketika kejadian, jiran mangsa sedang mengadakan majlis kesyukuran dan menggunakan sistem bunyi bagi memeriahkan suasana.

“Saya melihat budak itu dalam keadaan meniarap di hadapan sistem itu dan semasa saya dekati dia sudah tidak bergerak.

“Kerana takut, saya panggil penduduk lain melihat keadaan mangsa,” kata seorang saksi, Tri Basofi Choirul Anam, hari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN