PETALING JAYA 24 Feb. – Pekerja di kawasan perindustrian di Jalan 243, Seksyen 51A, di sini menyuarakan rasa kesal kerana terpaksa menghidu bau busuk sampah sarap dibuang pengusaha gerai makan berhampiran.
Masalah yang dihadapi pekerja itu berlaku sejak beberapa tahun lalu apabila sampah sarap berupa sisa makanan itu dibuang sesuka hati bersebelahan dengan pintu masuk sebuah premis.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, walaupun terdapat tong sampah disediakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya di kawasan berhampiran ia tidak dimanfaat sepenuhnya oleh pengusaha terlibat.
Sehubungan itu MBPJ diminta mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang sesuka hati membuang sampah di tempat tidak sepatutnya sehingga mengundang tidak selesa orang ramai dan pencemaran persekitaran.- UTUSAN ONLINE










