Brazil minta guru rakam pelajar nyanyi lagu kebangsaan, baca slogan kempen - Utusan Malaysia

Brazil minta guru rakam pelajar nyanyi lagu kebangsaan, baca slogan kempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA 26 Feb. – Kerajaan Brazil semalam minta sebuah sekolah merakam pelajar mereka menyanyikan lagu kebangsaan serta membacakan mesej termasuk slogan Presiden Jair Bolsonaro dibacakan dalam kelas.

Reuters melaporkan, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memberitahu Menterinya, Ricardo Velez Rodriguez menghantar surat ke sekolah-sekolah dan meminta guru menghantar video ke kementerian.

“Rakyat Brazil! Marilah kita menyambut masa bahru di Brazil dan meraikan tanggungjawab dan pendidikan berkualiti yang sedang dibangunkan di sekolah oleh guru-guru untuk faedah kamu, para pelajar yang merupakan generasi baru,” katanya

Memuatkan artikel berkaitan…

Mesej itu termasuk slogan kempen Bolsonaro, ‘Brazil di atas segalanya, Tuhan di atas semua orang’. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×