BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 25 FEBRUARI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 25 FEBRUARI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG tak tau sama ada nak gembira atau menangis apabila kerajaan mengumumkan melalui Pejabat Perdana Menteri, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memulakan proses mengambil alih beberapa tol sebagai antara usaha memenuhi manifesto pilihan raya lepas.

Tol terlibat antaranya Lebuh Raya Damansara Puchung (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) dan Terowong Smart dan mekanisme kutipan tol sedia ada dihapuskan.

Pada awalnya, Awang sangka tol dihapuskan dan bersemangat nak berkempen untuk PH pada PRK Semenyih tapi kemudiannya terbantut.

Rupanya mansuhkan tol tetapi ganti dengan caj kesesakan yang berlangsung selama enam jam pada waktu puncak. Cumanya dari pukul 11 malam hingga pukul 5 pagi barulah tol dihapuskan.

Namun Awang nak tanya siapa pengguna yang paling dapat keuntungan hasil dimansuhkan tol lewat malam nanti. Mat rempit, pelumba jalanan dan kaki disko sahaja yang keluar lewat malam dan balik pukul 5 pagi.

Namun Awang faham ada dua petanda kenapa kerajaan bersungguh-sungguh mahu laksanakan hal ini. Pertama kerana kempen PRK Semenyih sedang berlangsung dan ini dilihat sebagai hadiah terbaik kepada pengundi dan warga kota terutamanya.

Dan kedua mungkin PH sudah sedar bahana tidak menunaikan janji manifesto yang akhirnya menjerat diri kerana rakyat sudah hilang sabar. Hakikatnya, masih belum terlambat untuk menunaikan janji apatah lagi rakyat sudah semakin sedar.

Awang – Lawak hambar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN