BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 21 FEBRUARI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 21 FEBRUARI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DARI desas-desus yang Awang dengar di Semenyih, peluang untuk Pakatan Harapan (PH) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri itu setakat ini ‘tidak berapa cantik’.

Awang cuma boleh menjawabnya begini, ‘baru masuk hari kelima kempen, masih berbaki sembilan hari lagi’.
Tapi berulang kali pula Awang ditunjukkan bukti di gelanggang kempen Pilihan Raya Kecil Semenyih ini terutama di kawasan kampung akan keluhan mereka yang merasakan kehidupan lebih baik di era kerajaan terdahulu.
Ya, Awang akui rakyat sedikit sebanyak tertekan dengan kos hidup hari ini. Bahkan, banyak pihak mempersoalkan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang cuma RM100 dikembalikan kepada golongan bujang.
Nilai RM100 untuk tiga juta orang bujang yang layak itu mencukupikah? Walhal, semasa pentadbiran BN, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk orang bujang berpendapatan kurang RM2,000 adalah RM450.
Isi minyak kereta untuk ulang-alik mencari rezeki pun sudah cecah RM80 dalam tiga atau empat hari.
Dan tiba-tiba Awang ‘sedikit gerun’ bila teringat pola pengundian orang muda pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang tidak terikat dengan sentimen politik, tetapi dikatakan faktor penyebab tumbangnya kerajaan yang berkuasa selama enam dekad. 

AWANG – Hanya kritik bertempat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN