AWANG merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam yang melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 dalam satu istiadat di Istana Negara. Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Untuk rekod, Malaysia adalah sebuah daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan satu-satunya negara yang mengamalkan…










