BioUsahawan 2019 sasar keuntungan RM375 juta - Utusan Malaysia

BioUsahawan 2019 sasar keuntungan RM375 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd. (Bioeconomy Crop) optimis mampu meraih pelaburan bernilai RM375 juta bagi sektor berasaskan bio menerusi penganjuran sulung BioUsahawan 2019 akan datang.

BioUsahawan 2019 bakal berlangsung selama dua hari bermula 15 Mac ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Mohd. Shuhaizam Mohd. Zain berkata, sasaran berkenaan bakal dipacu melalui penglibatan pelabur asing ke acara tersebut khususnya syarikat-syarikat dari Taiwan, India, Thailand dan Indonesia.

“BioUsahawan 2019 menyediakan platform strategik kepada para usahawan tempatan, syarikat permulaan, perusahaan kecil dan sederhana untuk terlibat sama dalam aktiviti perdagangan selain mempromosikan produk serta perkhidmatan mereka khususnya dalam sektor agro dan bio.

“Menerusi acara ini juga, kami yakin ia mampu memacu pertumbuhan sektor pertanian dan asas tani negara selain menyumbang ke arah sasaran jualan bernilai RM900 juta terhadap industri pada tahun ini oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi taklimat media berhubung BioUsahawan 2019: Ke Arah Industri Pertanian dan Asas Tani Berdaya Saing di Hotel Ibis, Jalan Yap Kwan Seng di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden dan Pengurus Projek BioUsahawan 2019, A’zlan Abdul Kadir.

Bioeconomy Crop menyasarkan seramai 10,000 pengunjung yang bakal hadir bagi menyertai acara BioUsahawan 2019 itu nanti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN