Bilal dipecat kerana bina badan - Utusan Malaysia

Bilal dipecat kerana bina badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ACRE 31 Jan. – Gara-gara menyertai pertandingan bina badan, kerajaan Israel memecat Ibrahim Masri selaku ketua bilal Masjid El-Jazzar, di utara bandar Acre.

Ibrahim yang sudah melaungkan azan sejak 15 tahun di sebuah bandar di negara tersebut dipecat Kementerian Dalam Negeri Israel selepas mendakwa penyertaannya dalam satu kejohanan bina badan pada 2017 bertentangan agama.

Jurucakap kementerian itu berkata, Ibrahim dipecat kerana berpakaian tidak sepatutnya sepanjang menyertai kejohanan.

“Ahli bina badan biasanya memakai seluar dalam ketika pertandingan dan dia mempu­nyai banyak gambar dalam pakaian sedemikian,” ujarnya.

Ibrahim, 46, berkata, dia tidak pernah merasakan aktiviti riadah itu bertentangan dengan agama.

“Keputusan ini tidak adil. Agama Islam menggalakkan mana-mana individu bersukan,” katanya yang ‘bermain dengan besi’ sejak usia muda dan sangat terkenal di Acre.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN