Bertindak pantas mampu selamatkan nyawa - Bomba - Utusan Malaysia

Bertindak pantas mampu selamatkan nyawa – Bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Bertindak pantas ketika kecemasan adalah ‘waktu keemasan’ yang mampu  menyelamatkan nyawa seseorang, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Khirudin Drahman.

Malangnya, kata beliau, masyarakat kita pada hari ini lebih suka merakam kejadian yang berlaku terlebih dahulu selain daripada memberikan bantuan kecemasan awal.

“Contohnya dalam kejadian yang berlaku di Slim River baru-baru ini, di mana seorang pemandu treler rentung di tengah jalan tanpa mendapat bantuan awal dari orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut.

“Bila disiasat (individu yang merakam) katanya panik sehingga tidak tahu berbuat apa-apa kerana khuatir treler tersebut akan meletup, secara teorinya jika kebakaran telah berlaku akibat tumpahan minyak, ia tidak akan menyebabkan letupan,” katanya ketika ditemui oleh pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Kursus Ketua Platun Kadet Bomba Negeri Sarawak Siri 1/2019 di sini hari ini.

Khirudin berkata, kesedaran masyarakat dalam mengambil tahu asas-asas memberikan bantuan awal dan bertindak responsif adalah penting bagi menghadapi sebarang kejadian kecemasan. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN