Bersatu, Warisan perlu berunding elak ketegangan parti  - Utusan Malaysia

Bersatu, Warisan perlu berunding elak ketegangan parti 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Rundingan berterusan harus dilakukan di antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi mengelakkan ketegangan antara kedua-dua parti. 

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun Bersatu telah mengeluarkan kenyataan akan memasuki Sabah namun rundingan itu penting kerana itu cara Pakatan Harapan (PH).

“Oleh kerana hubungan kita dengan warisan itu baik, saya fikir apa-apa pun keputusan harus berunding dan ada kesefahaman. Ini ada cara kita dalam parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun Bersatu sudah membuat kenyataan tetapi sebaiknya dirundingkan terus supaya tiada ketegangan antara parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama Syarahan Darul Ehsan bertajuk Ke arah Pendidikan Bersepadu dalam Era Malaysia Baharu di Universiti Selangor (Unisel) hari ini.

Anwar diminta mengulas berhubung kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dipetik berkata, parti itu bersetuju untuk menubuhkan cawangannya di Sabah bagi membolehkan bekas ahli UMNO Sabah menyertainya.

Mahathir yang juga Perdana Menteri menegaskan keputusan itu dibuat selepas ahli UMNO Sabah yang bertindak keluar parti tidak mahu menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) yang merupakan sekutu PH. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×