Berita gembira mengenai tol akan diumum - Utusan Malaysia

Berita gembira mengenai tol akan diumum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 21 Feb. – Kerajaan membayangkan satu berita gembira mengenai tol akan diumumkan kepada rakyat.

Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengumuman itu dijangka dibuat dalam sehari dua lagi.

“Tol, kita baru bincang dalam Kabinet. Mungkin dalam sehari dua ini, ada statement (kenyataan) berkaitan dengan tol.

“Saya tidak boleh nak cakap kerana biarlah menteri berkaitan yang buat pengumuman,” katanya sewaktu berucap di hadapan kira-kira 150 penduduk Batu 26, Beranang, di sini malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN