Beri saya ruang - Kraljevic - Utusan Malaysia

Beri saya ruang – Kraljevic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 3 Feb. – Pengendali The Red Warriors (TRW) Marko Kraljevic mahu penyokong memberikan sedikit ruang kepada dia dan barisan pemain bagi mengharungi saingan Liga Perdana 2019

Kraljevic yang baharu sahaja dilantik sebagai jurulatih TRW berkata, secara jujurnya dia terkilan apabila skuad kendaliannya memulakan kempen liga dengan langkah sumbang apabila tewas 0-1 ditangan Selangor United.

“TRW musim ini diperkuatkan oleh barisan muda sepenuhnya yang memerlukan sedikit masa untuk matang dan menyesuaikan diri dengan corak latihan.

“Tiada jalan singkat untuk berjaya kecuali dengan kerja keras. Jadi untuk perlawanan akan datang, kami mahu tampil dengan kerja lebih keras bagi memastikan keputusan positif berpihak kepada Kelantan,” katanya.

Pada aksi sulung petang semalam di Stadium Majlis Pembandaran Selayang (MPS), Kelantan tumbang 0-1 ditangan Selangor United.

Kraljevic memberitahu, dia mahu terus fokus mempersiapkan pasukan untuk perlawanan berikutnya.

Katanya, misi utama ke Kelantan kali ini ialah untuk memastikan TRW kembali menjadi pasukan yang disegani pada masa hadapan. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×