KLANG 27 Feb. – Seorang duda yang mencetuskan suasana tegang dengan meletakkan berhala di Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah di sini diperintahkan dihantar ke Hospital Bahagia di Perak untuk pemeriksaan psikiatri. Perintah tersebut dikeluarkan oleh dua majistret berlainan selepas mendapati pengakuan bersalah Helmee Othman, 28, tidak selamat untuk diterima. Terdahulu, di hadapan Majistret Roslizi Sulaiman, duda anak empat itu mengaku bersalah mencemarkan Surau Sabilul Huda dengan meletakkan berhala agama…










