Belum terima berita rombakan Kabinet - Wan Azizah - Utusan Malaysia

Belum terima berita rombakan Kabinet – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau tidak menerima sebarang berita mengenai rombakan Kabinet yang dikatakan akan berlaku selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sebarang keputusan perubahan Kabinet harus diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Itu kena tanya Perdana Menteri sebab saya tidak dengar lagi nak rombak Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini hari ini.

Wan Azizah berkata, demikian ketika diminta mengulas tulisan sebuah blog semalam yang mendakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu selepas Tahun Baru Cina.

Menerusi catatan blog itu juga, desas desus pelantikan Azmin itu dikuatkan lagi apabila Mahathir desas memberikan pelbagai tugasan penting kepada Azmin termasuk sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan serta kemungkinan mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN