KUALA LUMPUR 11 Feb. – Pengendali Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Arul Selvaraj belum boleh meraikan kejayaan biarpun mendahului Liga Hoki Malaysia (MHL) dengan 25 mata susulan kebangkitan menakjubkan ketika mengatasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) 4-2 di Stadium Tun Razak, semalam. Kemenangan itu membolehkan mereka menjarakkan kedudukan kepada empat mata di depan pencabar TNB (21 mata) manakala Pasukan Hoki Terengganu (THT) kekal di kedudukan ketiga (16 mata) diikuti Maybank (15 mata),…










