SEREMBAN 13 Feb. – Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Datuk Muhamad Shahlan Shaid, 69, meninggal dunia pada 11.15 pagi tadi di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini akibat sesak nafas. Adik Allahyarham, Redjuan Shaid, 64, yang mengesahkan perkara itu berkata arwah abangnya dimasukkan ke HTJ pada Ahad lepas selepas kesihatannya merosot. “Abang saya sebelum ini mengalami lumpuh akibat stroke sejak 11 tahun lepas dan dia kerap kali masuk…










