KUALA LUMPUR 2 Jan. – Desas-desus mengenai Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin yang dilaporkan akan berkahwin pada 29 Mac ini semakin tersebar dalam media sosial.
Menurut laporan The Straits Times Singapore, Bee Yin dijangka akan melangsungkan perkahwinan dengan Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties Group Sdn. Bhd., Lee Yeow Seng di ibu negara.
Menguatkan lagi khabar angin tersebut apabila Bee Yin sendiri tidak melakukan penafian dan hanya ketawa ketika ditanya media dalam program di Muar, Johor hari ini.
Menurut Bee Yin, beliau tidak tahu mengenai khabar angin perkahwinannya itu.
“Saya tidak tahu mengenainya. Tiada komen mengenai perkara peribadi,” katanya. – UTUSAN ONLINE











